Background

Characteristics

Pautan-pautan berkaitan ciri-ciri kanak-kanak pintar cerdas dan keperluan mereka dalam pendidikan

  • Ulasan: Bagi mereka yang telah dilatih untuk mengenalpasti ciri-ciri kanak-kanak pintar cerdas, ianya pasti sesuatu yang mudah. Bagi ibu bapa, mudah untuk melihat anak mereka pandai tetapi adakah mereka tergolong di dalam golong pintar cerdas? Penulis menyenaraikan ciri-ciri pintar cerdas berdasarkan komponen-komponen seperti dar segi kognitif, emosi dan sosial, bahasa dan lain-lain. Artikel ini juga menyenaraikan bahan-bahan bacaan yang sesuai untuk dibaca bagi melihat ciri-ciri lain.

  • Ulasan: Terdapat banyak cara penyenaraian ciri-ciri kanak-kanak pintar cerdas yang disenaraikan oleh pelbagai pihak. Artikel ini menyatakan bahawa senarai ciri-ciri yang dibuat adalah berdasarkan gabungan pelbagai pendapat. Komponen ciri-ciri yang disenaraikan adalah keupayaan intelektual, aptitud akademik, pemikiran kreatif, kepimpinan, keupayaan psikomotor dan kesenian.

  • Ulasan:

  • Ulasan: Penulis mengajak pembaca meletakkan diri kita sebagai kanak-kanak pintar cerdas. Bayangkan jika kita disogok dengan kandungan pengajaran yang telah kita tahu bertalu-talu. Ibaratkan diri kita melihat satu filem yang ditayangkan berulang-ulang kali. Kanak-kanak ini memerlukan program khas yang mampu meningkatkan potensi kepintaran mereka. Kanak-kanak ini juga perlu di ajar untuk berinteraksi dengan rakan sebaya mereka. Selain itu, seorang mentor perlu diberikan untuk membimbing mereka menggunakan kepintaran mereka ke tahap optimum.

  • Ulasan: Kertas kajian ini menyelidik tentang pengetahuan guru dan sikap mereka terhadap keperluan kanak-kanak pintar cerdas. 67 peratus menunjukkan mereka tidak berminat di dalam bidang ini. 80 peratus responden mengatakan kanak-kanak pintar cerdas diabaikan di sekolah. Responden merupakan mereka yang terdiri daripada golongan yang dilabelkan kanak-kanak pintar cerdas. Guru-guru yang dikatakan mengabaikan kanak-kanak pintar cerdas adalah disebabkan mereka tidak dilatih untuk berdepan dengan situasi ini. Berbanding dengan guru-guru yang dilatih secara profesional di dalam bidang ini.