Background

Key Issues

Pautan-pautan adalah berkaitan tentang isu-isu dan permasalahan dalam dunia kanak-kanak pintar cerdas

  • Ulasan: Persembahan powerpoint ini memaparkan tujuh isu yang perlu ibu bapa kepada kanak-kanak pintar cerdas hadapi. Ibu bapa perlu bijak memilih sekolah untuk anak mereka kerana persekitaran sekolah memainkan peranan penting dalam menyokong anak mereka mendapat pengetahuan yang optimum. Ibu bapa juga tidak boleh berharap semata-mata kepada pihak sekolah untuk mendidik anak mereka tetapi ibu bapa perlu mencari alternatif lain untuk memberikan pengetahuan sebanyak mungkin. Mitos-mitos tentang kanak-kanak pintar perlu sama sekali dielakkan dalam membuat keputusan tentang masa depan anak mereka yang pintar cerdas kerana mitos-mitos ini akan membawa keburukkan kepada mereka. Selain itu, isu tentang pengabaian, salah anggap dan pilih kasih juga perlu di ambil kira oleh ibu bapa. Ciri-ciri tentang kanak-kaak pintar cerdas perlu diketahui agar keperluan belajar mereka dapat dipenuhi. Isu penempatan dan kerjaya anak-anak pintar cerdas perlu dikenalpasti dari awal agar mereka tidak tercicir dari awal lagi. Isu tentang cara ibu bapa menangani emosi dan kawalan diri mereka sendiri juga penting agar tekanan terhadap anak-anak mereka tidak menjejaskan perkembangan kepintaran mereka.


What are the key issues in Global Gifted and Talented Education?

  • Ulasan:  Penulis membincangkan 3 isu utama yang melibatkan pendidikan kanak-kanak pintar cerdas yang dihadapi oleh golongan pendidik secara global. Pertama, semulajadi atau didikan? Ramai pendidik menfokuskan kepada mengidentifikasi kanak-kanak pintar cerdas tetapi tidak pada cara mengajar golongan ini. Selain itu, ianya hanya tertumpu kepada bidang akademik semata-mata, walhal, terdapat banyak bidang yang perlu diambil kira. Kedua, isu kecemerlangan atau ekuiti? Guru-guru mengajar kanak-kanak pintar ini dengan cara yang sama dengan menumpukan kepada pencapaian yang cemerlang semata-mata. Kanak-kanak ini mempunyai keperluan pembelajaran yang berbeza mengikut ciri-ciri masing-masing. Keadaan ini menyebabkan prinsip ekuiti dalam pendidikan tidak tercapai. Ekuiti menekankan bahawa pembelajaran bagi setiap pelajar adalah mengikut keperluan masing-masing dan bukannya sama rata. Ketiga, pengajaran khas atau individu? Kanak-kanak yang dikenalpasti sebagai pintar cerdas sering kali diajar dengan cara yang sama dengan kanak-kanak yang lain. Mereka hanya diajar pada waktu lapang sahaja dengan kaedah lain. Keadaan ini menjadikan kanak-kanak ini menjadi bosan.

Problems Encountered by Gifted Children

  • Ulasan: Artikel ini menyenaraikan beberapa masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak pintar cerdas. Ramai orang menganggap golongan ini tidak mempunyai masalah dengan aktiviti persekolah padahal mereka tidak tahu bahawa ada sebilangan daripada mereka yang gagal dalam pencapaian akademik mereka. Antara punca utama adalah cara pengajaran yang terlalu mendatar dan tidak memberikan imput baru kepada mereka. Mereka akan menjadi sangat bosan. Mereka juga menjadi seorang yang mementingka kesempurnaan hingga menyebabkan mereka takut menghadapi kegagalan dalam kehidupan.

 


Issues of Gifted Children in the School Environment 

  • Ulasan:

 


Gifted children and behavior problems

  • Ulasan: