Background

Introduction

Pautan-pautan tentang pengenalan kepada kanak-kanak pintar cerdas.

  • Ulasan: Penulis mengupas definisi kanak-kanak pintar cerdas secara menyeluruh dan melihat semua aspek pendapat tokoh-tokoh yang pakar tentang kanak-kanak pintar cerdas. Di antara mereka adalah seperti Sternberg, Kaufman, Maryland dan Gardner. Semua menyatakan pandangan masing-masing dengan jelas. Namun, apa yang nyata, mereka mengaitkan kepintaran dengan kebolehan berfikir dengan baik. Penulis juga membincangkan beberapa ciri-ciri kanak-kanak pintar meliputi aspek kognitif, akademik di sekolah, perkembangan fizikal, tingkah laku dan komunikasi.
  •  
    • Ulasan: Penulis merungkai definisi kanak-kanak pintar cerdas dalam bentuk yang sangat menarik. Beliau telah menyatakan bahawa masyarakat sering membuat tafsiran yang salah tentang kanak-kanak pintar cerdas. Penulis menyatakan bahawa kanak-kanak pintar cerdas adalah berbeza dengan kanak-kanak yang dilahirkan dengan bakat semula jadi seorang yang bijak. Golongan yang dilahirkan dengan bakat yang ada sering dikatakan golongan bermasalah. Pelajar pintar pula sebenarnya hanya semata-mata kepada bidang akademik. Definisi ini amat menarik untuk kita terokai atau membuat kajian adakah dakwaan penulis ini benar.

    • Ulasan: Artikel ini ditulis oleh tokoh yang terkenal dalam bidang kanak-kanak pintar cerdas, Linda Kreger Silverman. Silverman mengupas isu kanak-kanak pintar cerdas dari perspektif ibu bapa. Kupasan yang dibuat sangat menarik kerana kajian beliau mendapati pandangan ibu dan bapa adalah berbeza terhadap anak-anak mereka yang pintar. Ibu dapat menerima jika anaknya adalah seorang yang pintar tetapi dia amat risau tentang apakah anaknya itu akan dapat menyesuaiankan diri di kalangan kanak-kanak lain. Berbeza dengan si bapa yang sering dalam keadaan penafian terhadap kepintaran yang dimiliki anaknya walaupun jelas anaknya itu seorang yang pintar. Kaum bapa melabelkan seorang yang pintar mestilah mencapai sesuatu yang menakjubkan seperti Einstein. Silverman juga membuat tinjauan tentang nasib kanak-kanak pintar cerdas yang dilahirkan dalam golongan miskin. Mereka ini sering dinafikan hak mereka sebagai kanak-kanak berbakat. Golongan kaya sering mendapat perhatian yang lebih walaupun kanak-kanak yang dikenalpasti itu bukanlah kanak-kanak yang tergolong dalam kanak-kanak pintar cerdas.

    • Ulasan: National Association For Gifted Children merupakan pertubuhan bebas yang bertanggungjawab mengenalpasti kanak-kanak pintar cerdas. Pertubuhan ini tidak mengambil kira pandangan liar yang menyatakan siapakah yang layak dilabelkan sebagai kanak-kanak pintar cerdas. Pertubuhan ini mendefinisikan kanak-kanak pintar cerdas dengan membuat siri ujian yang melihat daripada pelbagai aspek kepintaran bagi membezakan di antara kanak-kanak pintar atau yang berbakat. Artikel ini juga menulis tentang serba sedikit sejarah perkembangan kanak-kanak pintar cerdas.
     
    • Ulasan: Artikel ini ditulis oleh wakil sebuah pertubuhan bebas yang dinamakan National Society For The Gifted & Talented. Penulis dengan jelas menyatakan pelajar yang mempunyai kebolehan dan pencapaian yang sangat cemerlang merupakan golongan mereka yang berbakat. Tetapi dengan hanya berpaksikan bakat sahaja tidak cukup kerana mereka perlu dibimbing dengan baik agar potensi mereka dicapai ke tahap yang tertinggi. Pertubuhan ini juga menyenaraikan ciri-ciri kanak-kanak pintar cerdas yang perlu diteliti oleh ibubapaa dan guru.