Background

Thinking Skills

Pautan-pautan adalah berkaitan kemahiran berfikir dan kreativiti kanak-kanak pintar cerdas

  • Ulasan: Penulis menyataka bahawa kanak-kanak banyak diajar tentang sesuatu yang betul sahaja bagi sesuatu masalah namun mereka jarang didedahkan tentang mencari penyelesaian masalah itu dan sebabnya. Keadaan ini mematikan pemikiran mereka serta kreativiti mereka. Kajian-kajian menunjukkan cara untuk menggalakkan pemikiran kreatif adalah melalui aktiviti eksplorasi dan permainan yang menjurus ke arah untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan tanpa ada sebarang skema tertentu. Kreativiti selalu dikaitkan di dalam bidang seni, muzik dan kesusanteraan sahaja. Sebenarnya kreativiti wujud dalam pelbagai bidang termasuk sains dan sosial.

  • Ulasan: Penulis menekankan bahawa kreativiti bermula daripada zaman kanak-kanak mereka dan cara mereka dibesarkan. Seseorang yang suka berjenaka boleh dikategorikan sebagai seorang yang pintar cerdas kerana bukan mudah untuk membuat seseorang untuk ketawa berbanding menangis. Semasa zaman kanak-kanak mereka, ibubapa perlu memberi kebebasan kepada anak-anak mereka membuat keputusan dalam kehidupan seharian mereka. Antaranya, mereka dibenarkan menyusun perabot di bilik mereka sendiri. Mereka juga perlu dibenarkan berbelanja sendiri dengan duit poket bulanan. Keadaan ini dapat mengajar mereka untuk membuat analisa dan keputusan. Jika mereka membuat kesalahan, ibu bapa perlu memberi sebab tetapi kesalahan yang dilakukan adalah bagus untuk diri mereka kerana mereka akan belajar dari situ menjadi lebih baik dalam membuat keputusan. Ibu bapa juga pelu menggalakkan anak-anak mereka menggunakan fantasi mereka kerana fantasi dapat mengasah penggunaan kotak pemikiran mereka dengan lebih baik. Jika sejak dari kecil mereka di ajar seperti itu, kanak-kanak ini akan membesar dengan penuh daya kreativiti.

  • Ulasan:

  • Ulasan:

  • Ulasan: Laman web ini menyenaraikan pelbagai laman yang dapat mengasahkan dan menguji kemahiran berfikir dalam bidang matematik. Terdapat pelbagai kaedah pembelajaran yang mampu menguji pemikiran matematik mereka sama ada melalui permainan, aktiviti penulisan mahupun lampiran kerja rumah. Laman ini juga sangat berguna buat guru-guru dan ibu bapa menjadikan panduan untuk mengajar anak-anak pintar cerdas dalam bidang matematik.