Background

Early Childhood

Pautan-pautan ini adalah tentang perkembangan awal kanak-kanak bagi golongan pintar cerdas.

  • Ulasan: Artikel ini membincangkan tentang cara-cara bagaimana ibu bapa boleh membantu anak-anak mereka yang dikenalpasti sebagai pelajar pintar cerdas. Kanak-kanak pintar cerdas mempunyai perkembangan minda yang berbeza dengan rakan-rakan sebaya mereka. Perkembangan kognitif mereka sangat cepat. Selain itu, perkembangan mereka juga banyak bergantung kepada pengaruh ibu bapanya kerana mereka akan menjadikan ibu bapa sebagai teladan. Jika ibu bapa prihatin terhadap anak-anak mereka yang pintar cerdas ini, kanak-kanak ini akan berkembang potensi mereka dengan lebih baik. Artikel ini juga membincangkan bagaimana seseorang kanak-kanak pintar cerdas itu walaupun mempunyai kepintaran namun dari segi emosi dan fizikal mereka, mereka masih seperti rakan sebaya yang lain. Keadaan ini menjadi dilema kepada ibu bapa. Ibu bapa perlu memilih sekolah untuk anak-anak mereka ini menyediakan program bagi kanak-kanak pintar cerdas.   

  • Ulasan: Penulis mencadangkan kaedah-kaedah yang boleh digunakan bagi mendidik anak-anak pintar cerdas. Kanak-kanak ini diibaratkan seperti sebuah kamus yang bersedia untuk diisi makna-makana kehidupan mereka seharian. Antara kaedah yang disarankan ialah menggunakan permainan yang berbentuk pemikiran seperti set geometri yang dimasukkan ke dalam kotak. Penggunaan kad imbasan juga mampu menjana pemikiran kanak-kanak ini. Tayangan filem atau drama yang menuntut kanak-kanak ini berfikir juga dapat digunakan sebagai pemangkin ke arah itu. Kanak-kanak ini mempunyai pelbagai aras dan bidang yang mereka minati. Guru-guru perlu memastikan semua kaedah itu sesuai dengan kanak-kanak itu. 
  • Ulasan:
  •  Ulasan:
  • Ulasan: National Association For Gifted Children memastikan kanak-kanak berumur 3 hingga 8 tahun yang pintar cerdas diasah kepintaran mereka dari segi minat mereka. Kemahiran membaca, membuat penaakulan, membuat analisis dan sebagainya dijadikan kaedah program mereka. Mereka juga percaya bahawa kanak-kanak seawal 8 tahun lagi mampu membuat satu paten dalam kehidupan mereka.