Background

Friday 1 April 2011

Pengenalan Sejarah Perkembangan Kanak-Kanak Pintar Cerdas Di Malaysia

Malaysia merupakan sebuah negara yang komited untuk mengembangkan institusi pendidikan dimana kedua-dua ekuiti dan kecemerlangan merupakan matlamat utama proses pembelajaran bagi setiap pelajar. Perkataan ekuiti merujuk kepada peluang yang boleh diperolehi oleh setiap pelajar untuk mendapatkan sokongan dan kesempatan bagi meningkatkan tahap pembelajaran ke aras yang lebih tinggi. Kecemerlangan pula merujuk kepada keperluan untuk mendapatkan peluang bagi mengembangkan potensi diri dan memaksimakan keupayaan pembelajaran masing-masing.

Memandangkan perubahan fizikal, emosi, dan kognisi yang di alami oleh setiap remaja berlaku dengan pesat dan pada tahap yang berbeza, justeru peluang pembelajaran yang ditawarkan kepada mereka perlu direka khusu untuk memberikan pengalaman pembelajaran yang unik serta dapat memenuhi keperluan lengkung pembelajaran pelajar yang pelbagai. Bgaimanapun, sokongan pendidikan sedemikian hanya wujud dalam kalangan pelajar berkeperluan khas di Malaysia seperti yang tercatat dalam Akta Pendidikan Malaysia 1996.
Akta Pendidikan 1996 Malaysia menyebut “Menteri hanya akan menyediakan pendidikan khas dalam sekolah-sekolahkhas”. Bagaimanapun, takrif pendidikan khas itu sendiri telah dihadkan kepada perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan bagi kanak-kanak dengan ketidakupayaan berikut: ( a ) kecacatan fizikal yang teruk, ( b ) rencatan teruk dan sederhana, ( c ) pelbagai ketidakupayaan dan ( d ) ketidakupayaan yang tidak membenarkan kanak-kanak untuk belajar disekolah-sekolah yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Kementerian itu juga menyediakan perkhidmatan pendidikan untuk pelajar-pelajar cabaran penglihatan, pendengaran dan ketidakupayaan pembelajaran serta pelajar-pelajar pemulihan khas. Kategori untuk kanak-kanak dengan ketakupayaan pembelajaran dalam skop Kementerian Pelajaran Malaysia ialah Down Syndrome, Mild Autism, Attention Deficit Hyperactivity Disorder, Minimal Mental Retardation, and Specifit Learning Disability ( e.g. Dyslexia) ( Akta Pendidikan Malaysia, 1996).

No comments:

Post a Comment